Pelari pecut negara akur dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang memilih Afrika Selatan sebagai kem latihan pusat menjelang Sukan SEA, 19-31 Ogos ini, biarpun mendapat kritikan bekas raja pecut kebangsaan, Nazmizan Mohamad.
Skuad pecut negara kendalian M. Balamurugan terpaksa menerima keputusan KOM walaupun mereka bercadang berlatih di Australia.
Mereka tiada pilihan kerana masa kian suntuk menjelang Sukan SEA ketika pencabar rantau ini sedang sibuk menyertai kejohanan antarabangsa.
"Kami akan menuruti apa jua perancangan dan kejohanan yang diaturkan KOM," kata pelari pecut lelaki negara, Jonathan Nyepa.
Pelari pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad, turut sependapat dengan rakannya itu apabila berkata, "Saya enggan fikir terlalu banyak dan mahu memberi fokus kepada sesi latihan.
"Saya bersedia untuk mengikuti kejohanan-kejohanan yang dirancang KOM."
Skuad pecut yang berpangkalan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail diketuai pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, akan turut ke Afrika Selatan.
Mereka dijadualkan berlepas ke Afrika Selatan pada 17 Februari ini untuk berlatih selama dua bulan.
Terdahulu, Nazmizan menyuarakan kebimbangan bahawa program latihan itu diadakan pada masa yang tidak sesuai.
"Pada saya, ketika ini bukan waktu yang sesuai. Tahun lepas adalah lebih relevan untuk terbang ke sana bagi menjalani latihan.
"Kini sudah memasuki bulan Februari, jadi pada saya tidak sesuai kerana hujung bulan ini Terbuka Perak akan berlangsung.
"Sepatutnya atlet pecut negara fokus dengan jurulatih di sini," ujarnya.