"Kami perlu segera membiasakan diri dengan venue pertandingan," tegas dua atlet luncur ais negara, Khairil Ridhwan Khalil dan Wong De Vin, yang mengharapkan Stadium Ais Empire City dapat digunakan dengan kadar segera untuk persediaan terakhir menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
Skuad luncur ais negara adalah antara yang berdepan masalah untuk persediaan menghadapi temasya KL2017.
Ini kerana, mereka tidak mempunyai tempat latihan terbaik susulan Stadium Ais Nasional dilaporkan belum siap sepenuhnya.
Lantaran itu, atlet luncur ais negara terpaksa berlatih dikelilingi orang awam di pusat latihan sementara di IOI City Mall.
"Kami perlu membiasakan diri dengan venue kejohanan sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sebelum kejohanan bermula," kata Khairil Ridhwan.
"Saya berharap venue ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin bagi mengelak sebarang masalah yang berlaku," kata De Vin.
Difahamkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, akan mengadakan lawatan ke venue berkenaan esok.
Sememangnya, menjadi harapan besar mereka termasuk jurulatih, Tan Bee Leng, agar lawatan Khairy mampu meleraikan segala permasalahan itu.