Pengurus wushu negara, Ho Ro Bin, mengakui anak buahnya perlu menggandakan tumpuan mereka dalam misi meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berdasarkan pengalamannya sebagai atlet ketika Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwi-tahunan itu, 16 tahun lalu.
Ketika itu, beliau menyumbang dua emas, iaitu dalam acara nandao-nangun dan nanquan.
Diingati sebagai perwira negara, Ro Bin akan sekali lagi membuat penampilan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, tetapi kali ini selaku jurulatih negara.
"Kalau atlet mengharungi kejohanan di luar negara, mereka hanya menumpukan kepada aspek persembahan sahaja.
"Tapi dengan Sukan SEA yang akan berlangsung di negara sendiri, tumpuan mereka juga akan terarah kepada faktor-faktor luar seperti kehadiran keluarga yang datang menyaksikan persembahan mereka.
"Ini semua adalah rintangan mental yang akan mereka hadapi dan di sinilah saya perlu membuat persediaan bagi mengelak masalah ini," katanya.
Selepas memungut dua emas dalam edisi 2015 di Singapura, skuad wushu negara belum mahu meletakkan sasaran dalam Sukan SEA 2017.
Namun, Wong Weng Son yang memenangi gelaran dunia pada November lalu antara yang berpotensi untuk menjelmakan kilauan emas buat kontinjen negara, apatah lagi atlet berusia 25 tahun itu tampil selaku atlet Program Podium.
"Sebagai atlet Program Podium, kami perlu bijak mengawal diri dan mempunyai keyakinan terhadap kemampuan sendiri," ujar Weng Son.
Skuad wushu negara akan berguru buat kali kedua selama sebulan di Fuzhou, China, Jun nanti sebagai persiapan akhir menghadapi Sukan SEA pada Ogos depan.