Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Asmalia tiada masalah keserasian

asmalia-filzati-redzuan-070717.jpg
Atlet renang wanita negara, Asmalia Filzati Redzuan, tidak kekok menjadi satu-satunya perenang berbangsa Mmelayu dalam arena sukan renang di mana dia bakal beraksi dalam Sukan SEA Kuala Lumpur buat julung kalinya, bulan depan. 

Turut menjadi antara perenang termuda, ia tidak menjadi kekangan untuk Asmalia mencapai misinya terpilih beraksi di pentas Sukan SEA. 

Baginya, meskipun acara renang kebanyakannya disertai atlet berbangsa Ccina, dia tidak berdepan masalah besar untuk membentuk keserasian dalam pasukan demi menjadi perenang terbaik. 

Asmalia bakal mempertaruhkan aksi dalam acara 200 dan 400 meter gaya bebas dalam temasya dwi-tahunan itu. 

"Dalam pasukan (Selangor) sekalipun, saya merupakan satu-satunya atlet renang Melayu, jadi dari situ lagi saya sudah mula menyesuaikan diri. 

"Apabila bersama pasukan kebangsaan, saya pun dah mengenali rakan-rakan yang lain," katanya. 

Atlet berusia 18 tahun itu, yang baru sahaja diserapkan ke dalam Program Kita Juara pada awal tahun ini, tidak meletakkan sasaran tinggi dalam Sukan SEA selain mengharapkan mampu meraih sekurang-kurangnya satu pingat. 

Baginya, pengalaman di temasya itu dapat mematangkan dirinya untuk menjadi perenang yang lebih baik di pentas antarabangsa. 

"Apa yang penting adalah semangat berpasukan, kalau tidak semuanya tidak akan menjadi. 

"Alhamdulillah rakan sepasukan saya saling bantu-membantu."
 

Advertisement

Must Watch Video