Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA 2017: Nauraj akan mula cari rentak di Australia

130117-nauraj-singh-atlet-lompat-tinggi.jpg
Demi merebut slot Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan berusaha melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di London, atlet lompat tinggi, Nauraj Singh, akan ke Australia bulan depan bagi menjalani latihan bersama jurulatihnya, Alex Stewart. 

Menepati pendiriannya yang mahu terus berada di bawah tunjuk ajar Stewart, Nauraj yang masih dalam proses pemulihan kecederaan siku kirinya akan pulih sepenuhnya tanpa alat sokongan dalam tempoh dua minggu lagi. 

Kecederaan berulang itu turut menjadi kebimbangan Nauraj, namun dia tidak mahu hal itu membataskan persediaannya yang memiliki dua misi penting tahun ini. 

"Mengikut jadual tahun ini, saya sepatutnya bersaing di Sirkit Australia dan Kejohanan Siri Jepun dan Jelajah Eropah dari Mac hingga Jun," katanya ketika ditemui di Bukit Jalil.

Mengakui tidak sabar untuk membuat penampilan kali pertama tahun ini dalam aksi Terbuka Malaysia, April depan, Nauraj bertekad mempamerkan peningkatan. 

"Apa yang saya perlukan ketika ini ialah mengembalikan prestasi sebelum ini. 

"Untuk itu, saya perlukan masa dan menyesuaikan diri dalam latihan. 

"Institut Sukan Negara (ISN) juga membantu dalam menyediakan pakar dan proses pemulihan saya.

"Saya sudah memulakan latihan ringan dan menunjukkan kemajuan setiap minggu."

Catatan terbaik Nauraj setakat ini ialah 2.9 meter yang juga merupakan rekod kebangsaan. 

Advertisement

Must Watch Video