Tugas sebagai guru praktikal bermula bulan depan menjadi cabaran buat atlet lawan pedang wanita negara, Natasha Ezzra Abu Bakar, yang terpaksa membahagikan masa menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pelajar jurusan pendidikan jasmani Universiti Putra Malaysia (UPM) itu akan mengharungi latihan praktikal selama tiga bulan sehingga Mei ini.
Untuk itu, bukan tugas mudah buat Natasha kerana perlu memendekkan sesi latihan, iaitu di waktu petang sahaja.
Baginya, komitmen tinggi sangat penting ketika ini kerana ingin memastikan rutin latihannya tidak terjejas menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur.
"Saya perlu betul-betul membahagikan masa kerana pada sebelah pagi, saya akan ke sekolah.
"Saya perlu menyusun jadual latihan dengan baik, mungkin saya akan menjalani latihan pada sebelah petang atau malam.
"Selepas itu, kami akan menjalani latihan di luar negara. Kemungkinan kami akan ke Korea Selatan," katanya.
Bermula 2017, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2011 itu menyifatkan latihan lebih tertumpu kepada teknik serangan dan mempertingkatkan kemahiran membaca gerak lawan untuk lebih bersedia sebelum Ogos depan.
Terkandas dalam suku akhir Sukan SEA 2015, Natasha bertekad untuk membalas dendam demi meraih emas di laman sendiri.
"Sekarang dah mula nampak perubahannya. Sesi latihan semakin memenatkan dengan intensiti yang lebih tinggi.
"Dalam seminggu, kami akan menjalani sesi latihan trek sebanyak dua kali."