Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA 2017: Elak acara angkat berat wanita jadi lubuk emas lawan

050117-setiausaha-agung-majlis-olimpik-malaysia-mom-datuk-low-beng-choo.jpg
Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo, mempertahankan keputusan menggugurkan acara angkat berat dan tinju wanita daripada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana persatuan itu gagal memberi jaminan untuk menyumbang pingat emas. 

Menurutnya, ini bukan diskriminasi tetapi keputusan yang terpaksa diambil untuk membantu Malaysia muncul juara keseluruhan. 

Ia memandangkan atlet angkat berat dan tinju wanita negara masih jauh ketinggalan di rantau Asia Tenggara, sekali gus akan memberi emas mudah kepada negara seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam. 

Justeru, MOM tiada pilihan kecuali mengugurkan kedua-dua acara terbabit. 

"MOM percaya tahap pembangunan sukan wanita dalam sukan seperti angkat berat dan tinju harus diperkuatkan lagi khususnya di persatuan kebangsaan supaya mereka boleh bersaing dengan negara-negara lain," ujar Beng Choo. 

Acara angkat berat menawarkan lima emas sementara tinju dengan enam emas, dengan kedua-dua sukan hanya membabitkan kategori lelaki. 

Terdahulu, atlet angkat berat negara, Francey Titus, menyuarakan rasa kecewa apabila acara itu digugurkan buat kali kedua berturut-turut, iaitu di Kuala Lumpur dan temasya Singapura 2015. 

Malaysia perlu meraih lebih 100 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan. 

"Tiap-tiap sukan ini memang ada tarafnya. 

"MOM memberi sokongan kepada angkat berat di mana tumpuan lebih diberikan untuk menghadapi Sukan Komanwel, yang dalam kategori lelaki, tahap atlet yang menyertai Sukan SEA boleh dikatakan bertaraf Olimpik."

Advertisement

Must Watch Video