Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: 11 emas sasaran munasabah buat skuad terjun

160117zhuliang.jpg
Malaysia menyasarkan 109 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dengan terjun dan berbasikal diletakkan sebagai sandaran utama apabila masing-masing dijangka menyumbang 11 emas.

Sasaran yang dibincangkan ketika perhimpunan atlet fasa kedua program Kita Juara bulan lalu itu, tidak dianggap tinggi oleh ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang.

"Skuad terjun akan memberikan yang terbaik dalam Sukan SEA. MSN (Majlis Sukan Negara) memberikan sasaran 11 pingat emas untuk dimenangi kami," katanya.

Dalam Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu, skuad terjun negara menyapu bersih lapan emas yang dipertandingkan. Rekod itu memberi bayangan bahawa Malaysia dijangka sekali lagi akan menjadikan sukan itu sebagai lubuk emas dalam edisi kali ini. 

"Kami akan cuba mengetengahkan penerjun-penerjun muda untuk temasya kali ini. Jika kami berjaya melakukan latihan dengan baik dan mampu menghasilkan terjunan yang cemerlang, kami juga akan beraksi dalam Sukan SEA," kata Pandelela Rinong.

"Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar. Saya juga berharap kami mampu bebas daripada sebarang kecederaan untuk beraksi dalam Sukan SEA nanti," kata seorang lagi penerjun negara, Chew Yi Wei.

Cheong Jun Hoong pula berkata: "Ia merupakan sasaran yang munasabah buat kami. Saya yakin kami mampu memberikan yang terbaik bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai."

Terjun dan berbasikal akan mengetuai misi sebagai penyumbang emas terbesar sambil dibantu skuasy, gimrama, wushu dan karate-do.

Ironinya, sasaran itu dibimbangi akan memberi tekanan terhadap jurulatih dan atlet walaupun mereka sendiri sudah dimaklumkan mengenainya.

Advertisement

Must Watch Video