Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Para ASEAN: Skuad boling sasar 10 emas

boling-para.jpg
Skuad boling para kebangsaan mengidam untuk mengatasi pencapaian dua tahun lalu dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur, September ini, walaupun kurang mengharungi aksi kompetitif sepanjang tahun ini.

Temasya edisi 2015 di Singapura menyaksikan skuad boling para negara merangkul lapan pingat emas daripada 14 acara yang dipertandingkan.

Lantas, sasaran itu menjadi penanda aras untuk mereka menghadapi saingan di Kuala Lumpur, September ini dan jurulatihnya, Steven Teng, yakin ia mampu direalisasikan.

Steven, yang sebelum ini merupakan jurulatih pelapis kebangsaan, berkata kekurangan pertandingan bukan penghalang buat wakil negara mengekalkan rentak mereka.

Pada Mei lalu, Malaysia mengambil bahagian dalam Kejohanan Boling Para Asia Ke-4 di Manila, Filipina.

"Tahun ini, kami menghadapi 18 acara, sasaran saya untuk kali ini adalah 10 pingat emas," ujar Steven.

"Sasaran 10 emas itu dipecahkan kepada lima untuk cacat penglihatan dan lima untuk cacat anggota," tambahnya.

Seramai 17 atlet boling para negara merangkumi pelbagai kategori sedang menjalani latihan sepenuh masa di Bandar Sunway dengan beberapa lagi atlet separuh masa dijangka menyertai pasukan bermula bulan depan.

Antara yang menjadi sandaran negara adalah Mohd Khairul Ishak dalam kategori TBP 8.

Khairul meraih emas beregu bersama Zahidi Lamsah di Singapura selain pernah memenangi pingat perak acara yang sama dalam Sukan Para Asia Incheon pada 2014.

Pencapaian skuad boling para negara dalam Sukan Para Asean 2015:

• Emas: 8 
• Perak: 7 
• Gangsa: 4

Penyumbang pingat emas:

• Azuan Amir Hassan (Perseorangan)
• Choo Kam Chan (Perseorangan)
• Wong Kee Soon (Perseorangan)
• Samsuddin Hassan (Perseorangan)
• Azuan Amir & Zainul Akmal (Beregu)
• Khairul Ishak & Zahidi Lamsah (Beregu)
• Abu Bakar & Wong Kee Soon (Beregu)
• Muhammad Hairul & Kam Chan & Zainul Akmal (Trio)

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video