Pemenang pingat gangsa di Kejohanan Memanah Compound Dunia 2023, Juwaidi Mazuki, tidak terkesan meskipun terpaksa menjalani latihan tanpa bantuan dan dorongan jurulatih bagi menghadapi kejohanan selepas ini.
Fokus utamanya ketika ini adalah dalam memperhalusi teknik dan kemahiran bagi memastikan bidikan mata penuh dapat diperoleh.
Dalam pada itu, Juwaidi juga beranggapan peluang negara untuk menambah kilauan pingat di temasya Sukan Olimpik Los Angeles kini tampak lebih terbuka selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan penambahan acara sukan memanah compound menerusi acara berpasukan campuran pada 2028.
Malah, buat pertama kali sejak 1972 disiplin itu dimasukkan ke Sukan Olimpik sekali gus menjadikan temasya yang akan berlangsung pada 2028 itu yang pertama menawarkan pingat untuk acara berkenaan.
Melihat kepada pencapaian skuad memanah negara dalam empat edisi terakhir temasya olimpik, pencapaian terbaik berjaya diraih Khairul Anuar Mohamad pada 2012 apabila mara sehingga ke suku akhir acara individu lelaki sebelum tewas di tangan lawan dari Jepun.
Selepas itu wakil negara tidak pernah mara melepasi pusingan 16 terbaik lagi.
"Berlatih tanpa jurulatih pada asalnya memang begini, sebelum masuk pasukan kebangsaan juga saya berlatih bersendirian.
"Tiada rasa kekok, ketika dalam pasukan kebangsaan juga bantuan yang saya minta dari segi latihan hanya sampingan, jika perlu saya mohon bantuan, jika tidak saya berjalan seperti biasa.
"Banyakkan lagi latihan dan masa bersama peralatan." katanya.