Pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, mencadangkan agar Malaysia bergabung dengan Singapura untuk menjadi penganjur bersama Sukan Komanwel 2022 menjelang lawatan delegasi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Rabu ini.
Kerjasama dengan Singapura mampu menjadi alternatif terbaik, terutama dalam menjimatkan kos.
Delegasi CGF akan mengeluarkan laporan berapakah jumlah kos yang diperlukan Malaysia untuk menganjurkan Sukan Komanwel buat kali kedua selepas edisi 1998.
Dijangkakan kos tersebut akan memakan separuh daripada kos penganjuranSukan SEA Kuala Lumpur 2017, iaitu RM550 juta, ekoran semua venue sudah siap dibina selain tidak memerlukan perkampungan sukan.
Jadi, Malaysia perlu mengadakan rundingan awal dengan Singapura untuk tujuan itu.
"Indonesia yang akan menganjurkan Sukan Asia tahun depan menggunakan dua bandar sukan, iaitu Palembang dan Jakarta. Jadi, mungkin Malaysia boleh bekerjasama dengan Singapura untuk menganjurkan Sukan Komanwel pada masa akan datang di samping melihat ia sebagai cara untuk mengurangkan kos," jelas Faithal.
Untuk rekod, penganjur Sukan Komanwel 2014, iaitu Glasgow, Scotland membelanjakan RM3.1 bilion, namun ia membabitkan pembinaan stadium baru dan perkampungan sukan.
Selain Malaysia, Delegasi CGF juga akan melawat Australia, England dan Kanada yang ada menyuarakan minat menjadi tuan rumah temasya 2022 atau 2026.
Sejarah Malaysia sebagai tuan rumah di pentas Asia Tenggara menerusi penganjuran Sukan SEA bermula sejak 1965 sementara Sukan Komanwel 1998 satu-satunya pengalaman Malaysia sebagai penganjur bertaraf antrabangsa.