Penembak negara, Ezuan Nasir Khan, tetap percaya bahawa dia berada di landasan tepat untuk mencapai tahap terbaiknya dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan biarpun gagal menyinar dalam Terbuka Selangor, baru-baru ini.
Bagi Ezuan, walaupun gagal meraih kejuaraan dalam saingan Terbuka Selangor, dia berpendapat sudah terdapat peningkatan sejak dibimbing jurulatih baru dari Korea Selatan, Cho Jang Hwan, tahun ini.
Ezuan turut yakin dengan kemampuan dirinya untuk tampil lebih bersedia apabila Sukan Komanwel Gold Coast bermula.
Dalam saingan Terbuka Selangor lalu, Ezuan gagal menampilkan aksi cemerlang dalam saingan 50 meter rifle prone dan 10m rifle.
"Saya tidak risau, malah bertambah bersemangat untuk terus berjuang.
"Saya berasa banyak peningkatan sebab persoalan saya sudah terjawab. Saya mendapat tunjuk ajarnya dari segi teknikal dan posisi," ujarnya.
Dalam masa sama, Ezuan percaya siri latihan berterusan dengan skuad Universiti Korea Selatan banyak membantu atlet negara menghadapi temasya Gold Coast kelak.
Latihan dengan skuad Universiti Korea Selatan itu bermula bulan lalu membabitkan tempoh dua bulan.
"Atlet Universiti Korea Selatan ini boleh dikatakan antara penembak terbaik di peringkat dunia.
"Macam-macam ilmu dapat kami kongsi. Mereka juga ingin belajar beraksi dalam cuaca di Malaysia," katanya lagi.