Atlet angkat berat negara, Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, menyasarkan angkatan sehingga 260kg dalam usahanya untuk memenangi emas buat Malaysia dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
Jika berdasarkan senarai ranking kelayakan Sukan Komanwel ketika ini, atlet kelahiran Rompin, Pahang itu menerajui carta dalam kategori 56kg dengan angkatan berjumlah 258kg yang dicipta ketika Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Namun, dia tidak mahu terlalu berasa selesa dan sedaya-upaya cuba memperbaiki catatan itu apabila saingan sebenar bermula di Gold Coast nanti.
"Saya dapat meninggalkan rekod peribadi atlet dari India 10kg. Dulu saya berada di ranking ketiga Komanwel tetapi selepas saya berlatih di China untuk Sukan SEA, saya dapat buat angkatan berjumlah 258kg.
"Di situ saya dapat meninggalkan atlet dari India," katanya.
Sementara itu, Azroy sudah tidak meletak harapan tinggi mengenai perancangan berlatih di Vietnam seperti dicanang sebelum ini kerana masih belum ada kata putus daripada Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Buat masa ini, Azroy, yang masih di bawah bimbingan jurulatih, Wang Zhi Quan, akan meneruskan segala program di tanah air.
"Jurulatih cakap, nanti akan ada mesyuarat dengan Program Podium. Jadi, buat masa ini tiada kata putus lagi yang mengatakan saya akan pergi ke Vietnam bagi persiapan ke Sukan Komanwel.
"Sekarang ini, kekal berlatih di Kuala Lumpur," ujarnya.