Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) mengekalkan Syakilla Salni Jefry Krishnan sebagai pembawa bendera kontinjen negara ke Sukan Asia Indonesia bulan depan, namun mengenakan tiga hukuman kerana dia telah melakukan beberapa isu disiplin.
MAKAF bersetuju untuk Syakilla bertindak sebagai pembawa bendera selepas mengadakan mesyuarat khas di Bukit Jalil, hari ini.
Bekas atlet ranking pertama dunia dalam kategori 55kg itu diminta memperbaiki sikap dan komitmen terhadap sesi latihan untuk memastikan dia memburu pingat emas Sukan Asia di Jakarta/Palembang.
Bagaimanapun, MAKAF tetap mengenakan tiga hukuman.
"Syakilla telah bersetuju dengan MAKAF bahawa terdapat pegawai yang akan memantau berat badannya," kata Setiausaha Agung MAKAF, Vincent Chen.
"50 peratus daripada gaji Syakilla akan disimpan oleh MAKAF dan akan diberikan selepas tamat Sukan Asia. Kami tidak akan mengambil wang tersebut dan hanya memberikan kepadanya selepas Sukan Asia berakhir.
"Akhir sekali, tiada lagi penggunaan media sosial. Terlalu bebas menggunakan platfom ini telah menjejaskan prestasinya. Sebagai atlet elit, persembahan yang terbaik harus menjadi keutamaan," tambahnya.