Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan Asia: Status Khairul Hafiz belum diketahui

karim.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih belum membuat keputusan untuk menghantar atlet dalam kategori B ke Sukan Asia Indonesia 2018, termasuk raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan.

Rayzam Shah Wan Sofian, Iskandar Alwi, Jackie Wong dan skuad 4x100 meter, termasuk Khairul Hafiz, diletakkan dalam kategori B untuk ke temasya itu.

Bagaimanapun, KOM masih belum memutuskan sama ada menghantar atlet berkenaan atau tidak memandangkan ia melibatkan peruntukan daripada KOM sepenuhnya.

Situasi itu menandakan peluang untuk mereka, termasuk Khairul Hafiz yang sedang berlatih di Jerman, masih belum terjamin untuk beraksi di Jakarta.

"Kami merayu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya 4x100 dimasukkan dalam kategori A. Terpulang kepada mereka. Kami juga masih menunggu keputusan untuk atlet-atlet lain," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.

Karim yang ditemui di majlis rumah terbukanya hari ini turut mengesahkan jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim, yang masih berada di Malaysia akan ke Jerman bersama anak buahnya dalam masa terdekat sebelum 20 Julai ini.

"Selepas semua hal pentadbiran siap, kami memang akan hantar Poad bagi memberi sokongan moral kepada atlet. Saya bercadang menghantar mereka tidak lewat daripada 20 Julai," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video