Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Raja Nursheena intai slot

raja-nursheena.jpg
Atlet olahraga 100 meter berpagar wanita negara, Raja Nursheena Raja Azhar, bertekad memperbaiki catatan peribadi untuk cuba melayakkan diri ke Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan. 

Selepas meraih pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu, Raja Nursheena mengidamkan persembahan yang lebih baik tahun ini. 

Namun, dia menyedari perlu melepasi catatan peribadi 13.84 saat yang dirakam dalam temasya Sukan SEA 2013. 

"Persiapan setakat ini berjalan dengan baik. 

"Apabila sampai di sana nanti, saya akan cuba perbaiki catatan masa peribadi terbaik kerana untuk ke Sukan Asia, saya perlu mendapatkan rekod yang lebih bagus bagi mengesahkan tempat," katanya.

Terbuka Singapura pada minggu ini menjadi tumpuan Raja Nursheena dengan kedudukan pingat menjadi buruan. 

Secara keseluruhan, 18 atlet akan mengambil bahagian di Singapura, termasuk atlet pelapis khususnya dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI). 

Raja Nursheena, bagaimanapun, mengakui belum pasti siapa lawan yang bakal ditentangnya nanti berikutan belum mendapat pengesahan pembabitan atlet negara lain. 

"Saya sendiri tidak pasti mengenai wakil yang akan dipertaruhkan oleh Thailand atau Vietnam di Singapura nanti. 

"Saya hanya perlu fokus tanpa memikirkan siapa lawan di sana," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video