Jurulatih berbasikal lebuh raya kebangsaan, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan, mengesahkan bahawa sebuah pasukan akan dibentuk bagi membawa cabaran negara ke Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan selepas ketiadaan wakil dalam acara itu dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Ketiadaan penyertaan pelumba negara dalam acara lebuh raya di pentas Komanwel yang melabuhkan tirai Ahad lalu mencetuskan perasaan kecewa buat mereka.
Namun, Syed Mohd menjelaskan perbincangan di antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah diadakan bagi membentuk pasukan ke Sukan Asia.
Antara kriteria utama peserta yang menjadi pilihan ialah pelumba yang memenangi emas Sukan SEA tahun lalu.
"Untuk Sukan Asia nanti, saya belum mendapat maklum balas daripada MSN dan PKBM lagi. Selepas itu, kami akan melihat dahulu laluan acara itu dalam Sukan Asia nanti.
"Sekiranya ada laluan berbukit dan sebagainya, kami akan berbincang semula dengan pihak persatuan," kata Syed Mohd.
Berbaki empat bulan sahaja lagi sebelum ke Sukan Asia, Syed Mohd mengakui tempoh berkenaan begitu singkat dalam membentuk persefahaman pelumba.
Difahamkan, skuad kebangsaan akan dibarisi pelumba yang mewakili pasukan bertaraf benua dalam Siri Jelajah Asia UCI, iaitu Terengganu Cycling Team (TSG), Team Sapura Cycling (TSC) dan Forca Amskins Racing (FAR).
"Tiga bulan sebelum temasya bermula, kita perlu tubuhkan sebuah pasukan bagi menerapkan semangat sepasukan dan mengenali satu sama lain.
"Elemen itu perlu ada dalam sebuah pasukan. Tiga bulan sudah memadai untuk memujudkan kem bagi Sukan Asia," katanya lagi.