Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan Asia: MJSA akur dengan keputusan MOM

jetski.jpg
Persatuan Sukan Jet-Ski Malaysia (MJSA) akur dengan keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang membenarkan mereka ke Sukan Asia Indonesia, Ogos depan, dengan kategori B biarpun sebelum ini berharap untuk dipertimbangkan ke kategori A.

Bagi Presiden MJSA, Datuk Mohamed Saffian Omar, meskipun penyertaan tiga atlet sukan jet ski ke Sukan Asia memakan kos tinggi, persatuan itu akan tetap berusaha mencari dana sendiri.

Tambah Saffian, bertanding dengan tiket kategori B juga tidak melemahkan hasrat MJSA untuk meraih sasaran dua pingat di Indonesia.

Katanya, antara faktor menyebabkan jet ski perlu bertanding dalam kategori B ialah kerana MJSA belum menjadi ahli gabungan MOM secara rasmi.

"Kami setakat ini, daripada tujuh peserta yang disenaraikan, kami gugurkan dan tinggal tiga atlet. Kami berharap tiga atlet yang dihantar, setidak-tidaknya dua berada di podium," kata Saffian.

Dua daripada tiga atlet yang akan membawa cabaran negara dalam saingan jet ski dalam Sukan Asia kali ini ialah Saifullah Al Azie Nazar dan Brian Chia.

Biarpun ini juga adalah kali pertama jet ski dipertandingkan, kedua- dua atlet itu menyuarakan kesediaan mereka untuk meraih pingat.

"Saya tidak boleh jangkakan apa-apa, cuma melakukan yang terbaik sahaja," kata Brian. 

"Saya sasarkan untuk mendapatkan emas. Jadi, saya akan betul-betul berlatih sampai ke hari  kejohanan," kata Saifullah.

Advertisement

Must Watch Video