Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Hangzhou: Bintang e-sukan dikecualikan khidmat ketenteraan selepas bantu Korea Selatan raih emas

faker.jpg
Bintang e-sukan Korea Selatan, Lee 'Faker' Sang-hyeok, bakal menerima pengecualian perkhidmatan ketenteraan berikutan kejayaan pasukannya memenangi pingat emas di Sukan Asia. 

Kemenangan itu telah mencetuskan perdebatan tentang peranan e-sukan dalam bidang prestij negara dan kewajipan untuk menjalani khidmat ketenteraan.

Dalam perlawanan mendebarkan di Pusat Esports Hangzhou, pasukan League of Legends Korea Selatan memperoleh kemenangan 2-0 ke atas Taiwan di grand final. 

Penonton melaungkan nama superstar LoL Korea itu ketika pasukannya menaiki podium untuk menuntut pingat emas mereka, dan ikon eSports itu sendiri menerima sambutan bagai sang perwira.

Namun, apa yang menjadikan kemenangan pingat emas itu amat luar biasa ialah pengecualian perkhidmatan tentera yang diberikan kepada barisan pemain. Di bawah undang-undang Korea Selatan, individu yang luar biasa dalam bidang seperti sukan, budaya popular, seni atau pendidikan tinggi boleh menangguhkan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka sehingga umur 30 tahun.
 

Bagaimanapun, pengecualian itu kini mencetuskan perbalahan dan perdebatan, terutamanya apabila ia melibatkan e-sukan, yang masih mendapat tempatnya dalam acara sukan antarabangsa. Secara tradisinya, pengecualian dikhaskan untuk atlet elit dan pemuzik klasik, individu yang dianggap mempromosikan prestij negara.

Dalam edisi Sukan Asia di Jakarta-Palembang, kejayaan skuad bolasepak Korea Selatan, membantu pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min terlepas khidmat ketenteraan dan dapat meneruskan kariernya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
 

Advertisement

Must Watch Video