Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Buru gemilang lebih besar -- Dr. Mahathir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tun-dr-mahathir-mohamad-2.jpg
Seiring dengan semangat Malaysia baru serta simbolik penyerahan Jalur Gemilang, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini enggan kontinjen negara berasa selesa dengan kesederhanaan sasaran tujuh pingat emas, sebaliknya mencipta sejarah dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang bermula 18 Ogos ini.

Selepas sekian lama, Putrajaya menjadi latar belakang kepada penyerahan Jalur Gemilang yang bakal dikibar ikon karate Malaysia, Syakilla Salni Jefri Krisnan, dalam temasya yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September ini. 

Amanat yang disampaikan Perdana Menteri berupaya menjadi pembakar semangat untuk kontinjen Malaysia memenuhi potensi sebenarnya.

Susulan merekodkan pencapaian terbaik dalam temasya Guangzhou 2010 menerusi sembilan emas dan klasifikasi kelompok 10 terbaik, Malaysia kemudiannya longlai di Incheon, Korea Selatan, empat tahun kemudian.

"Setiap daripada kita tentunya mahukan lagu NegaraKu berkumandang di setiap venue.

"Jika Malaysia pernah menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik dalam temasya sebelum ini, saya tidak nampak mengapa kontinjen kita tidak boleh mengulangi kegemilangan tersebut pada 2018. 

"Saya yakin kontinjen negara amat berkemampuan untuk mencatat kejayaan lebih bermakna, Insya-Allah. 

"Ini kerana kita juga mempunyai atlet-atlet bertaraf dunia yang terdiri daripada Al-Jufferi Jamari (silat), Azizulhasni Awang (berbasikal), Wong Weng Son (wusyu) dan tidak kurang hebatnya skuad boling tenpin wanita serta skuad hoki lelaki," ujar Dr. Mahathir. 
 

Advertisement

Must Watch Video