Kontinjen negara ke Sukan Asia Indonesia 2018 sudah mula melalui ujian saringan doping dan akan berakhir pada waktu memadai bagi memberikan ruang untuk tindakan diambil kepada atlet yang dikesan menggunakan bahan terlarang sebelum temasya itu membuka tirai pada 18 Ogos.
Terkini, ujian saringan sudah dijalankan ke atas 40 peratus daripada jumlah 426 atlet negara yang disenaraikan bertanding dalam Sukan Asia 2018.
Sebanyak 23 peratus pula adalah pecahan terkini daripada 35 jenis sukan yang menyaksikan pembabitan Malaysia dalam temasya Indonesia 2018.
"Setiap atlet secara individu akan diuji manakala sukan berpasukan akan diuji secara pilihan," kata Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.
"Kami harus juga memberikan penekanan kepada atlet yang tidak akan pulang ke Malaysia dan ujian khas akan dilakukan kepada mereka."
Meskipun tidak mengumumkan tarikh akhir ujian saringan itu, ADAMAS memberikan jaminan berupaya mengelak pengulangan kegagalan dasar sifar doping kontinjen seperti dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
"Bagaimanapun, jika mana-mana atlet yang cuba lari daripada ujian ini, kami akan mengambil tindakan yang lebih serius," tegasnya.