Kecederaan beberapa pesilat negara semakin membimbangkan ketua jurulatihnya, Nasri Nasir, yang mengharapkan mereka segera pulih untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Belgium, 29 April ini.
Kecederaan membelenggu beberapa pesilat negara selepas berakhirnya pra-Sukan Asia di Jakarta bulan lalu, termasuk Razak Ghazali yang berada dalam kelas Putra D dan Mohd Fauzi Khalis dalam kelas Putra F.
Juara dunia 2016, Siti Rahmah Mohd Nasir, yang berdepan kecederaan patah lengan kiri tahun lalu juga masih dalam proses pemulihan dan tidak dibenarkan menyertai kejohanan dalam masa terdekat.
Perkembangan itu mencetuskan kegusaran Nasri yang enggan mereka terlepas Terbuka Belgium, terutama Rahmah yang sekian lama sudah tidak beraksi.
"Inilah perkara yang membimbangkan kami.
"Kami melakukan bedah siasat baru-baru ini dengan mengadakan perjumpaan pasukan antara atlet, persatuan dan pegawai-pegawai di Institut Sukan Negara (ISN).
"Kami tidak boleh lari daripada masalah ini dan harus akur.
"Mana-mana atlet yang memerlukan rawatan dan pemulihan, perlu dilakukan secara berterusan dan diberi perhatian sepenuhnya oleh pegawai," kata Nasri.
Sukan Asia di Jakarta 18 Ogos-2 September depan begitu penting buat kem silat negara yang tidak ingin terlepas untuk menghadiahkan pingat emas menerusi tonggak utama juara dunia 2016, termasuk Mohd Al-Jufferi Jamari, Razak dan Rahmah.
"Selepas pra-Sukan Asia, kami bersetuju untuk mengadakan beberapa program tambahan, sekurang-kurangnya tiga kali sebelum Sukan Asia," katanya lagi.