Perubahan format pertandingan kepada antara regu dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2016 yang bakal membuka tirai esok menjanjikan aksi lebih sengit daripada setiap pasukan musim ini.
Mulai esok, peminat sepak takraw tempatan bakal disajikan dengan saingan hebat STL 2016 apabila ia membuka tirainya di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya (MPSJ).
Malah, buat julung kalinya, penonton boleh memilih saluran Astro Arena (Saluran 801) di Astro dan Astro “On-The-Go” pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad untuk menonton aksi setiap perlawanan yang dibawakan secara langsung.
Pengurus Jualan dan Penajaan Asia Sport Ventures (ASV), Fariq Azlan, berkata perubahan ini dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada peminat dan pemain untuk menjadikan STL lebih kompetitif.
"Tahun ini, STL menampilkan antara regu yang memberikan kelainan dan lebih menarik.
"Berbanding tahun lepas, STL disiarkan selama 30 jam. Tapi untuk musim ini, STL akan bersiaran di televisyen secara keseluruhan selama 90 jam.
Fariq juga tidak menolak untuk memperkenalkan sistem pemain import dalam STL pada masa akan datang bagi meningkatkan kualiti permainan setiap pasukan.
STL musim ini juga melancarkan hashtag 'Ini Milik Kita" bagi mempromosikan lagi kejohanan ini kepada peminat sukan takraw.
"Mungkin selepas perkara-perkara asas dah selesai, kami boleh pertimbangkannya.
"Itu semua dalam perancangan jangka masa panjang. Buat masa ini, kami nak perbetulkan apa yang ada," katanya lagi.
Sementara itu, tonggak ATM Guardians, Mohd Khairudin Adenan, berpendapat persaingan daripada negeri lain semuanya kuat.
"Semuanya berpandukan kepada keupayaan pemain, jika pemain mahu mencapai kejayaan yang lebih baik, dia akan usaha sungguh-sungguh."
"Saya nampak ini usaha yang baik, kita dengan cara sendiri.
"Kalau macam Kuala Lumpur Thunders, orang terus tangkap ini pasukan takraw, itulah strategi pemasarannya," terang pemain apit kanan pasukan itu, Muhammad Farid Abdul Aziz.
Bagi tonggak kebangsaan, Hanafiah Dollah, yang memperkuatkan pasukan Terengganu Turtles, pertukaran format akan meningkatkan kerancakan STL musim ini.
"Format kali ini mungkin ada kelebihan dan kelemahan. Kalau format secara berpasukan, kita perlu ada strategi awal.
"Kalau antara regu pula, pemain akan terus berikan saingan sengit kerana permainan tidak panjang," terang perejam itu.