Berakhirnya Grand Final Varsity Track and Field (VTF) 2025 yang memenuhi misi utama mempersiapkan pelajar menghadapi Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 di Malaysia.
Bagi Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Dr Megat Sany, penganjuran cemerlang ini merupakan tanda bahawa mereka komited dalam menyediakan platform buat pelajar menyerlah, selain menjadi medan persiapan terakhir ke Sukan SEA Thailand.
"Kalau boleh, kami ingin menjadi nombor satu dalam AUG -- memenangi sebarang banyak pingat yang boleh -- sebab kita selaku tuan rumah.
"Bukan senang temasya ini diadakan di Malaysia.
"Kami mengharapkan anjuran dan persediaan yang dilakukan, atlet sudah bersedia dan (pencapaian) pelapis mungkin lebih baik daripada atlet senior dalam usaha pencapaian yang lebih cemerlang dalam AUG akan datang," kata di Stadium UPM malam tadi.
Sementara itu, Ketua Penyelaras Grand Ginal VTF, Malik Tobias, terkejut apabila masih ada atlet yang mampu memecahkan rekod selepas empat tahun penganjuran.
Dan, ini merupakan satu dilema yang baik buat Malik dalam memilih atlet terbaik ke AUG yang bakal berlangsung hujung tahun depan.
"Ada beberapa atlet menunjukkan potensi.
"Kami tidak menjangkakan masih ada rekod yang akan dipecahkan memandangkan penganjuran sudah memasuki tahun keempat, maksudnya standard VTF semakin meningkatkan.
"Kami akan mengumumkan senarai panjang untuk ke AUG yang boleh menjadi azam baru buat mereka.
"Senarai pendek ini diharap tidak perlu terlalu awal (diumumkan) -- sebulan sebelum temasya -- dalam usaha atlet mengekalkan prestasi," katanya pula.
Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil, pula anggap VTF sebagai medan untuk anak buahnya menyesuaikan diri dengan suasana kejohanan, dalam masa yang sama mengadaptasi diri dengan segala perubahan cuaca.
"Kami tidak menjangkakan pencapaian yang terlalu tinggi dalam VTF ini kerana ia lebih merupakan persediaan pertandingan.
"Kami mahu pastikan atlet kebangsaan dapat bersaing walaupun di peringkat universiti yang tidak begitu kompetitif.
"Bagaimanapun, mereka perlu kekalkan kecergasan dan momentum pertandingan.
"Kami perlu pastikan atlet sentiasa bersedia (biarpun) dalam cuaca hujan ketika ini," katanya.