Skip to main content

E-Sukan

SRG Sambut Ulang Tahun ke-2 Dengan Bergaya!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sekyss.jpg
Juara Mid Season Cup 2024, Selangor Red Giants mengeluarkan jersey pasukan yang baharu sempena ulang tahun yang kedua sejak ditubuhkan pada 2023.

Tular di akaun Instagram Selangor Red Giants (srg.esportsmy), jersey baharu pasukan sensasi Mobile Legends Bang Bang Malaysia itu menyaksikan Sekys, Kramm, Gojes, Yums, Stormie dan Innocent segak memperagakan jersey baharu pasukan itu.

Tampil dengan 'design' yang lebih garang, berwarna merah gelap sudah tentu melaung amaran awal buat pasukan lawan untuk terus mendominasi saingan tahun 2025 bermula dengan saingan Mobile Legends Bang Bang Professional League S15 (MPLMY S15) yang bakal membuka tirainya pada bulan April.

Untuk rekod, Selangor Red Giants berjaya raih kedudukan pertama di MPLMY S14 dengan hanya 1 kekalahan daripada 9 perlawanan, sekaligus layak ke pusingan Playoffs dan mara untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia M6 bersama Team Vamos.
 
 

Advertisement

Must Watch Video