Ratu pecut pekak 100 meter (m) kebangsaan, Nur Andrina Zainudin, kini mensasarkan untuk memperbaiki rekod peribadi terbaik dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025 setelah berjaya memecahkan rekod pada Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak (SEA Deaf) 2025, Jakarta Indonesia baru-baru ini.
"Saya berharap dapat melakukan catatan 12 saat (s). Manakala bagi acara 200m, dalam linkungan 25s.
"Persiapan terbaik belum dimulakan, tetapi boleh cuba menjelang Deaf-Lympics di Tokyo, Jepun pada November," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Sementara itu, jejak cemerlangt turut diikuti adik lelakinya, Adlin Iman, yang menjadikan Usain Bolt sebagai idola dalam acara 100m pekak lelaki bersama kontinjen Kedah.
Dia yang melihat keupayaan luar biasa kakaknya dalam acara pecut menaikkan lagi semangat anak jati Negeri Jelapang Padi itu.
''Cita-cita saya mahu mengikuti jejak langkah Bolt.
"Saya sememangnya mahu mencontohi cara dia," katanya.