Tiga pasangan beregu negara menampilkan permulaan baik dalam acara beregu Sukan Komanwel 2018 apabila mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, sekali gus mencerahkan peluang mara ke pusingan kedua Khamis ini.
Mengikut format acara berkenaan yang berlangsung di Oxenford Studios, dua beregu terbaik setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua.
Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A hari ini, aksi gandingan beregu wanita negara, Rachel Arnold-S.Sivasangari, ternyata menjadi apabila mengejutkan juara dunia, Joelle King- Amanda Landers Murphy dari New Zealand 11-10, 11-10.
Rachel, 21, berkata selepas hampir 10 hari berada di Gold Coast, dia baru merasa satu perlawanan yang sengit apabila berpeluang beraksi menentang pasangan King-Murphy itu.
“Sesuatu yang menakjubkan dapat mengalahkan juara dunia. Sebenarnya kami agak gementar, namun kami berusaha mempamerkan aksi terbaik dan ia sesuatu yang hebat dapat memenangi perlawanan ini. Kami berharap dapat meneruskan aksi terbaik sepanjang kejohanan ini,” katanya selepas perlawanan itu.
Sivasangari berkata ini kali pertama mereka digandingkan dalam satu kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan tidak menyangka mampu mengalahkan juara dunia.
“Joelle mungkin penat kerana baru lepas beraksi dalam final perseorangan wanita sebelum ini (semalam). Mungkin ini peluang kami, namun kami tidak mengasak dia sangat, hanya bermain seperti biasa,” katanya.
Gandingan muda itu dijadual bertemu beregu tuan rumah, Christine Nunn-Sarah Cardwell dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan esok dan mereka perlu menang untuk muncul juara kumpulan.
Pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki, Mohd Nafiizwan Adnan, yang bergandingan dengan Ivan Yuen turut meraih kemenangan mudah ke atas pasangan beregu St. Vincent and the Grenadines, Othniel Bailey-Omari Wilson 11-6, 11-3.
Mereka akan bertemu beregu New Zealand, Lance Beddoes-Evan Williams, dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan H.
Turut mengikut rentak cemerlang mereka ialah beregu campuran, Sanjay Singh Chal-Aifa Azman apabila mencatat kemenangan 11-4, 11-4 ke atas pasangan dari Trinidad and Tobago, Kale Wilson-Charlotte Knaggs, dalam perlawanan pertama Kumpulan F.
Bagaimanapun, dalam perlawanan kedua petang ini, gandingan beregu campuran negara itu tewas kepada beregu Australia, Rachael Grinham-Ryan Cuskelly, 4-11, 4-11.
-- BERNAMA