Beregu skuasy negara, Syafiq Kamal-Ng Eain Yow, gagal melakar kejutan untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir Sukan Komanwel 2018 selepas tumpas kepada bekas juara beregu dunia 2016, Alan Clyne-Greg Lobban dari Scotland.
Syafiq-Eain Yow menjadi taruhan tunggal skuad negara dalam suku akhir selepas menundukkan gandingan senior, Nafiizwan Adnan-Ivan Yuen, dalam pusingan ketiga, semalam.
Gandingan muda negara itu mempamerkan aksi mantap dalam set pertama apabila menyaingi hebat lawan mereka untuk kemenangan 11-9.
Namun, mereka gagal mengekalkan momentum cemerlang dalam set kedua, lalu kesempatan itu dimanfaatkan Clyne-Lobban untuk mendominasi 11-6.
Diheret ke set penentuan, beberapa kesilapan mudah pemain negara mengundang padah sebelum disingkirkan daripada saingan selepas tewas 5-11.
"Kami bermain baik dalam set pertama.
"Bagaimanapun, pengalaman dan fizikal mereka lebih bagus daripada kami," kata Eain Yow.
Peluang menimba pengalaman di Gold Coast selain kesempatan menguji pemain bertaraf dunia merupakan aspek positif buat Syafiq.
"Kami berpuas hati dapat mara sejauh ke suku akhir.
"Kami mahu memenangi perlawanan ini dan dalam masa sama, kami sedar ini bukan pertarungan mudah," katanya.
Ini bermakn, pasukan skuasy negara menamatkan cabaran di Gold Coast dengan hanya satu pingat gangsa menerusi Nafiizwan dalam perseorangan lelaki.