Selepas dua kali berturut-turut membawa pulang pingat emas, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Komanwel terakhirnya dengan perasaan hiba apabila gagal meraih sebarang pingat selepas tewas dalam penentuan gangsa, hari ini.
Menentang lawan dari Wales, Tesni Evans, pemain yang sembilan tahun lebih muda daripadanya, kudrat Nicol yang semakin terbatas menjadi penghalang setelah segala kerja keras dipamerkannya dalam peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelumnya.
Tewas 6-11 dalam set pertama, Nicol bangkit meraih kemenangan mudah 11-3 dalam set kedua bagi menyamakan kedudukan 1-1.
Dia sedaya-upaya mahu memenangi set ketiga, namun nasib lebih memihak kepada Evans dengan keputusan 13-11.
Set keempat, Nicol tampak kepenatan dan walaupun bangkit daripada 3-9 kepada 7-9, dia tidak mampu menghalang kejayaan Evans dengan keputusan 7-11.
"Saya rasa saya kehilangan momentum dalam aksi ketiga dan pusingan seterusnya saya gagal menampilkan aksi terbaik. Saya sudah mencuba yang terbaik tetapi tidak mampu," katanya.
Menurut Nicol, pulang tangan kosong kali ini berbanding dua emas edisi lalu tidak membuatkan dia terlalu sedih, sebaliknya tetap gembira kerana mampu melangkah sehingga separuh akhir.
"Minggu ini adalah tempoh yang hebat dan saya telah mencuba sehabis baik. Saya berbangga dengan apa yang telah saya pamerkan pada kali ini."