Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, mempamerkan semangat juang menakjubkan apabila bangkit selepas ketinggalan dua set untuk menumpaskan seteru lama dari England, Alison Waters, di peringkat suku akhir Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.
Pada suatu ketika, segalanya tampak seakan-akan pudar apabila Nicol seperti tidak berdaya membalas setiap pukulan Waters, malah turut bergelut pada pertengahan set ketiga.
Bagaimanapun, kekuatan mental juara dunia lapan kali itu nyata cukup ampuh apabila dia mula menemui rentak kemenangan 11-9 dalam set ketiga sebelum sekali lagi melakar keputusan serupa bagi mengikat kedudukan 2-2.
Karakter sama terus dipamerkan dalam set penentuan. Walaupun ketinggalan ketinggalan 8-10, dia tidak mengenal erti menyerah kalah untuk mengecewakan Waters dengan kemenangan 12-10.
"Saya tidak berputus asa untuk membuatkan lawan mencicirkan mata dan meragut tahap keyakinan yang dia miliki untuk menang.
"Saya memberikan segala-galanya yang termampu pada hari ini," ujarnya.
Nicol juga nyata teruja dengan sokongan padu penonton, seolah-olah dia sedang beraksi di laman sendiri.
Begitupun, Nicol enggan meletakkan tekanan menggunung dalam pemburuan pingat emas ketiga berturut-turut dalam Sukan Komanwel.
"Penyokong di sini amat hebat dan saya sangat gembira ia memberikan tenaga buat kami.
"Jika saya dapat mengekalkan momentum ini, kita akan dapat lihat di mana kedudukan saya nanti.
"Kini, segalanya adalah bonus buat saya," tambahnya.