Dua pemain skuasy negara, Datuk Nicol David dan Nafiizwan Adnan, sedia bangkit untuk menebus kehampaan dalam penentuan pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast hari ini.
Kekecewaan tidak mampu mempertahankan emas sejak dua edisi lalu sememangnya pedih buat Nicol ekoran tewas 1-3 kepada Joelle King dari New Zealand dalam pusingan separuh akhir semalam.
Walaupun sekadar gangsa, Nicol memberikan jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dia akan memberikan segala-galanya untuk mencari pengubat duka.
Namun, lawan yang akan ditentang Nicol, Tesni Evans dari Wales, bukan calang-calang pemain kerana telah menewaskan bintang England, Laura Massaro, dalam aksi suku akhir.
"Setiap pingat adalah penting. Saya akan cuba yang terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia," kata Nicol.
Motivasi Nafiizwan pula ialah untuk menjadi pemain perseorangan lelaki pertama dalam sejarah menyumbang pingat daripada skuasy buat negara dalam Sukan Komanwel.
Berdepan lawan dari Wales, Joel Makin -- pemain ranking ke-42 dunia selain belum pernah berdepannya sepanjang kariernya -- Nafiizwan tetap akan mengambil pendekatan penuh berwaspada.
"Saya akan cuba melakukan perkara seperti sebelum ini. Saya akan cuba menilai semula kesilapan yang lepas dan memberikan yang terbaik untuk meraih pingat gangsa untuk negara," kata Nafiizwan.