Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: Nicol akui perlu tampil lebih tajam

skuasy7418.jpg
Datuk Nicol Ann David mengakui perlu meningkatkan momentum jika mengidamkan slot separuh akhir dalam pertemuan menentang Alison Waters dalam suku akhir Sukan Komanwel di Studio Oxenford, Gold Coast, petang ini.

Perlawanan yang diheret ke set penentuan dalam pusingan 16 semalam membuktikan lawan Nicol dari Kanada, Samantha Cornett, tidak kurang hebatnya untuk memberi tentangan walaupun baru pulih daripada kecederaan lutut sejak 2015. 

Bekas pemain nombor satu dunia, Nicol, agak bergelut untuk dia memastikan kemenangan 3-1 berpihak kepadanya, malah dia perlu bekerja keras untuk tampil lebih konsisten berdepan Waters yang pastinya bakal memberi cabaran hebat.

"Saya perlu kekalkan ketajaman pada setiap hari untuk melepasi setiap pusingan. Saya berasa sangat gembira kerana melepasi (ke suku akhir) dan berasa baik pada hujung perlawanan," kata Nicol.

Secara keseluruhan, hanya Nicol dan Mohd Nafiizwan Adnan yang berjaya mengharungi pusingan 16 acara perseorangan tatkala tiga pemain lain, iaitu Aifa Azman, S. Sivasangari dan Ivan Yuen, akur tersungkur kepada lawan bertaraf dunia.

"Keputusan itu mengejutkan saya. Tetapi saya rasa ia permulaan baik kerana ini adalah Sukan Komanwel pertama saya. 

"Sudah tentu dia sangat berpengalaman dan bermain lebih baik. Tetapi, saya sudah memberikan yang terbaik untuk mencari keputusan terbaik," kata Sivasangari. 

Advertisement

Must Watch Video