Pasangan beregu lelaki skuasy negara, Nafiizwan Adnan dan Ivan Yuen, terus cemerlang mencatat kemenangan kedua peringkat kumpulan selepas menundukkan gandingan New Zealand, Lance Beddoes-Evan Williams 11-9, 11-10 dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Selepas meraih kemenangan pertama semalam, pasangan negara terus mencipta kemenangan kedua bertemu pasangan New Zealand, Beddoes dan Williams hari ini.
Biarpun diberikan tentangan sengit dalam set pertama, kedua-dua pemain negara kekal konsisten dan tenang memburu mata demi mata untuk memastikan kemenangan 11-9 dalam set pertama.
Set kedua, Beddoes-Williams tidak memberikan laluan mudah buat pasangan negara sehingga pada satu ketika terikat 10-10.
Bagaimanapun, pasangan negara kekal tenang sebelum menoktahkan kemenangan 11-10 yang juga kemenangan kedua mereka dalam aksi Kumpulan H.