Kejayaan merangkul pingat emas dan gangsa dalam penampilan terakhirnya dalam Sukan Asia memberi suntikan semangat kepada Datuk Nicol Ann David untuk terus melakar kemenangan pada musim baru Jelajah PSA.
"Ia memang detik yang manis untuk meraih kemenangan selepas beberapa ketika...ia tidak kurang membawa kegembiraan untuk memenangi emas dalam Sukan Asia.
"Masih segar selepas Sukan Asia, saya fikir saya akan bermula dengan cukup baik (dalam Terbuka China) pada musim baru persaingan. Matlamat saya ialah untuk memulakan setiap pertandingan dengan keputusan yang baik.
"Terbuka China ialah pembuka tirai musim apabila kesemua 20 pemain utama beraksi di sana," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Jakarta, hari ini.
Nicol tiba di KLIA selepas beraksi dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang sebelum meneruskan penerbangan ke Shanghai, China bagi menghadapi cabaran Kejohanan Skuasy Terbuka China yang bermua Rabu ini sehingga 9 September.
Pada 26 Ogos lalu, ratu skuasy negara itu yang menyambut hari jadinya yang ke-35, meraih pingat emas yang kedua bagi kontinjen Malaysia dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
"Untuk memenangi pingat emas kelima selepas penampilan kali keenam saya dalam Sukan Asia, ia cukup istimewa," kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Ini merupakan pingat emas kelima yang diraih Nicol dalam Sukan Asia selepas memenangi emas dalam empat edisi pada 1998, 2006, 2010 dan 2014.
Nicol muncul naib juara pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Rebecca Chiu.
"Sebenarnya, ia bukan mudah, ia adalah satu persaingan yang sukar berdepan pemain muda dan berinspirasi seperti Sivasangari. Dia benar-benar mengasak dan saya terpaksa mencurahkan segala pengalaman saya untuk mencabarnya. Saya gembira ia berhasil dengan kejayaan meraih emas," kata Nicol.
Pemain nombor lima dunia itu menghadapi saingan sengit daripada pemain remaja kebangsaan, S. Sivasangari, sebelum menang selepas mengharungi lima set yang mendebarkan, 11-13, 11-9, 5-11, 11-6, 11-8 dalam final skuasy individu wanita Sukan Asia.
Bagaimanapun, Nicol teruja melihat lebih ramai pemain remaja Malaysia beraksi di pentas antarabangsa, terutama Sukan Asia.
"Ia pengalaman yang amat berguna bagi pasukan skuasy negara dalam Sukan Asia tahun ini, dengan kejayaan memungut dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa. Skuad lelaki juga tidak kurang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka mempamerkan aksi terbaik, saya benar-benar berbangga dengan pasukan negara," kata Nicol.
-- BERNAMA