Skuad skuasy wanita negara sedia membuktikan mereka masih sandaran Malaysia meskipun ratu skuasy, Datuk Nicol David, tidak akan menyertai Kejohanan Skuasy Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, bermula esok.
Low Wee Wern akan mengetuai cabaran skuad negara dalam kejohanan itu selepas diletakkan sebagai pilihan keempat.
Berbekalkan semangat muncul naib juara Kejohanan Terbuka Macau, 10-14 April lalu, Wee Wern tetap berhati-hati dengan kecederaan kakinya.
Bagaimanapun, dia yakin tempoh rehat yang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan rawatan dan pemulihan sebelum ini akan membantunya untuk melangkah ke final.
"Malangnya, saya terpaksa menarik diri sewaktu beraksi di Mesir kerana mengalami masalah dengan lutut saya selepas beraksi dalam Terbuka Macau.
"Saya beraksi baik ketika di Macau dengan layak ke final.
"Selepas itu, saya terpaksa berehat beberapa hari untuk meredakan kesakitan saya.
"Ini merupakan kejohanan pertama saya selepas itu, jadi saya berharap segala-galanya akan berjalan lancar," katanya.
Turut kembali ke tanah air adalah pemain yang berkelana di Amerika Syarikat, S. Sivasangari, yang juga pilihan keenam kejohanan.
Masih segar dengan kejuaraan yang dimenanginya di Missouri, bulan lalu, Sivasangari, yang turut berlatih dengan jaguh Australia, David Palmer, cukup teruja untuk mengulangi persembahan terbaiknya.
"Saya sudah lama tidak berlatih dengan rakan sepasukan, jadi ramai tidak mengetahui corak permainan saya.
"Ia mungkin perkara baik atau sebaliknya.
"Saya fikir agak baik juga untuk memiliki jurulatih dan sistem latihan yang berbeza.
"Saya mahu layak ke suku akhir kerana saya berada di ranking keenam, namun saya juga mahu mencipta kejutan," katanya.