Skip to main content

Sukan Asia

Skuasy: India buat beregu campuran negara gigit jari

skuasy-060617.jpg
Beregu campuran skuasy negara, Aifa Azman dan Sanjay Singh Chal, gagal mara lebih jauh selepas terkandas dalam pusingan 16 Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.  

Aksi di Oxenford Studios itu menyaksikan taruhan negara yang turun berdepan lawan dari India, Dipika Pallikal-Saurav Ghosal, menghadirkan tentangan untuk mendominasi set pertama 11-7. 

Bagaimanapun, beregu India itu yang lebih berpengalaman dan antara pilihan untuk meraih pingat, bangkit untuk memenangi set kedua 11-6 dan seterusnya mengheret pertarungan ditentukan dalam set ketiga. 

Malang buat Sanjay dan Aifa, biarpun mencuba sedaya-upaya, namun tetap tidak dapat mengekang kemaraan lawan yang menang 11-8 dalam set ketiga. 
 

Advertisement

Must Watch Video