GOLD COAST 2018
Skuasy: Beregu lelaki langkah sumbang aksi pertama
Pasangan beregu skuasy lelaki negara, Syafiq Kamal-Ng Eain Yow, tidak bermula dengan baik dalam aksi pertama Kumpulan G apabila tunduk 0-2 kepada pasangan England, Daryl Selby-Adrian Waller, hari ini.
Hanya 27 minit diperlukan pasangan England, Selby-Waller, untuk memastikan mereka meraih kemenangan kedua berturut-turut.
Gandingan England itu terbukti bukan saingan buat Syafiq-Eain Yow yang bergelut menyaingi rentak kedua-duanya sebelum tunduk 4-11 dalam set pertama.
Iklan
Biarpun beregu negara cuba bangkit menghadirkan tentangan dalam set kedua, namun lawan dari England itu tetap berjaya menafikan hajat Malaysia untuk meraih kemenangan dalam aksi pertama dengan kekalahan 8-11.
Selepas ini, Syafiq-Eain Yow akan bertemu wakil Uganda, Michael Kawooya-Ian Rukunya, esok.
Must-Watch Video