Ketua pasukan dan tonggak tengah kelab hoki Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Marhan Jalil, mendapat rezeki berganda susulan kejayaan menjulang Piala TNB kerana dia bukan sahaja bakal menyambut kelahiran cahaya matanya, malah skuad hoki UniKL mendapat bonus tambahan sebanyak RM100,000 daripada pengurusan kelab.
Tahun ini sememangnya musim yang cukup istimewa buat pemain berpengalaman itu memandangkan dia merupakan kapten pertama UniKL yang berjaya memimpin kelab itu meraih kejuaraan sulung dalam siangan Liga Hoki Malaysia (LHM).
Marhan dan isterinya, Diana Idris, sedang menantikan kelahiran anak sulung mereka di Ipoh bulan depan.
Dalam masa yang sama, Marhan sibuk menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah yang akan turut berlangsung di Ipoh dari 3 hingga 10 Mac depan.
Pengerusi UniKL, Datuk Seri Adham Baba, hari ini mengumumkan pemberian bonus berkenaan kepada skuad UniKL kendalian Arul Selvaraj ekoran kejayaan meraih kejuaraan Piala TNB dan hadiah kemenangan RM80,000 turut diberikan kepada pemain.
"Ini rezeki saya kerana selain akan menimang cahaya mata pertama, saya juga membantu UniKL meraih kejuaraan buat kali pertama sejak UniKL menyertai Liga TNB pada 2009.
"Ini pencapaian yang besar," katanya.
Arul turut menyambut baik pemberian bonus oleh pengurusan UniKL dan percaya ia adalah motivasi penting buat pemain mengharungi saingan LHM selepas ini.
"Saya tidak mengharapkan apa-apa.
"Kalau ada bonus, saya terima tidak kira berapa jumlahnya.
"Terima kasih kepada pihak pengurusan UniKL dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah, di atas sumbangnnya," kata Arul pula.