Pengurus skuad sepak takraw negara, Mohd Zambri Abdul Rahman, bersedia berdepan dengan apa jua keputusan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) apabila mengetuai tiga individu ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri perbicaraan isu boikot dan doping Kejohanan Piala Raja Thai, tahun lalu.
Zambri bersama ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad, dan penolongnya berlepas ke Bangkok untuk menghadiri perbicaraan ISTAF, esok.
Mereka diiringi lapan pegawai Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diketuai presidennya, Datuk Ahmad Ismail, dengan membawa bersama bukti dan hujah peguam yang dilantik.
Selepas membuat persiapan rapi, Malaysia yakin akan terlepas daripada sebarang hukuman walaupun peluangnya tipis.
“Kami yakin Malaysia akan terlepas daripada sebarang tuduhan. Keputusan akan diumumkan pada Khamis ini,” kata Zambri.
Sembilan pemain yang terbabit ketika final Piala Raja Thai tahun lalu, sudah memberikan keterangan bertulis dan tidak perlu menghadiri perbicaraan itu.
Malah, mereka sudah menjalani ujian doping yang dikendalikan pegawai Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan keputusannya negatif.
“Kami dapat melihat apabila tiada pemain yang dipanggil untuk ke Bangkok, ia adalah satu petanda positif di mana tiada pemain yang akan dikenakan hukuman," kata Abdul Talib.
Sementara itu, Ahmad Ismail berkata: "Kami telah menghantar keputusan tersebut kepada ISTAF dan ia membuktikan satu usaha proaktif daripada PSM bagi menyelesaikan perkara ini."