Skip to main content

Sukan Asia

Skuad ragbi 7's perkemas pertahanan hadapi Sukan Asia

ragbis-7-s-malaysia.jpg
Ketua pasukan skuad ragbi 7's negara, Zulkiflee Azmi, menganggap pendedahan yang diraih dalam temasya Gold Coast 2018 yang berakhir kelmarin sebagai perbandingan untuk menilai sejauh mana kemampuan mereka menentang pasukan utama dunia. 

Sebelum ke Gold Coast lagi, skuad negara sudah dijangka berdepan ranjau berliku apabila diundi sekumpulan dengan bekas juara dunia, Afrika Selatan, di samping Scotland dan Papua New Guinea. 

Begitupun, skuad negara tetap mempunyai keyakinan tinggi dengan kejayaan menjuarai Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu yang menjadi dorongan utama. 

Tiga kekalahan yang dialami dalam Sukan Komanwel merupakan satu pengalaman yang cukup berharga buat skuad negara. 

"Banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutama daripada segi bertahan, selepas kami bermain di tahap yang lebih tinggi. 

"Mungkin jurulatih akan cuba mencari jalan penyelesaian semasa sesi latihan sebab tahap kami masih jauh lagi. 

"Kami perlu meningkatkan latihan," kata Zulkiflee. 

Berbaki empat bulan sahaja lagi sebelum Sukan Asia di Indonesia, Zulkiflee yakin skuad negara dapat memperbaiki segala kelemahan dengan meraih kedudukan pingat menjadi sasaran. 

Namun, berdasarkan persembahan dalam Kejohanan Siri Asia 7's tahun lalu, Malaysia perlu tampil dengan aksi lebih baik selepas menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan. 

"Insya-Allah selepas ini kami akan ke Sepanyol untuk mengadakan perlawanan ujian. 

"Ia merupakan persiapan untuk menghadapi Sukan Asia, kami menganggap tahapnya adalah lebih tinggi," ujarnya. 



 

Advertisement

Must Watch Video