Bagi memantapkan lagi persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-30 Ogos depan, skuad ragbi 7s negara mengorak langkah dengan mengaplikasikan teknologi sains sukan dalam latihan untuk membantu mempertingkatkan tahap prestasi pemain.
Skuad negara menjalani ujian kekuatan yang dikendalikan pakar di Pusat Sukan Universiti Malaya, hari ini.
Ia bertujuan menganalisis perkembangan kekuatan pemain, terutama di bahagian kaki, dan seterusnya data diperolehi akan disesuaikan dengan latihan yang akan dirangka nanti.
Prestasi pemain negara dapat dipantau dan jurulatih bakal mendapat gambaran sebenar keadaan pemain untuk menghadapi sebarang kejohanan.
"Paling utama, kami dapat nilai data untuk dibandingkan dengan norma-norma awam atau atlet antarabangsa lain," kata Pensyarah Kanan Pusat Sukan, Universiti Malaya, Dr Victor Selvarajah.
"Daripada itu, kami dapat melihat daya yang dijana adakah ia mencapai atau tidak tahap yang cukup tinggi untuk beraksi dalam acara berkualiti tinggi."
Buat pemain negara, ini merupakan sesi ketiga mereka menjalani ujian di pusat itu sejak bermula pada awal tahun ini, dan rata-rata mengakui aplikasi teknologi banyak memberikan impak terhadap diri mereka.
"Ia dapat membantu diri saya kerana (contohnya) saya pernah buat pembedahan dan untuk melihat sama ada kaki saya seimbang atau tidak, ia boleh diuji," kata Wan Izzudin Ismail.
Seorang lagi pemain negara, Muhammad Siddiq Amir, berkata: "Pada saya, alat ini sangat membantu kerana apabila kami membuat ujian kekuatan ini, kami boleh menguji kekuatan kaki.
"Apabila sudah mengetahui kekauatannya, kami boleh tengok sejauh mana ia boleh ditingkatkan."
Selepas sukan ragbi 7s kembali dalam keluarga Sukan SEA selepas 1995, Malaysia masih kempunan untuk meraih emas dengan tewas kepada Filipina di Singapura dua tahun lalu.