Hilang fokus dalam aksi penentuan membuatkan skuad lelaki Malaysia B gagal meraih kemenangan kedua di peringkat kumpulan acara berpasangan Kejohanan Sepak Takraw Lima Negara selepas tewas 1-2 kepada Indonesia di Stadium Tertutup Titiwangsa, hari ini.
Hampir berpeluang mengejutkan Indonesia yang menjadi pilihan utama dalam kejohanan kali ini, skuad negara yang terdiri daripada Aidil Aiman Azwawi, Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi dan Kamal Ishak menang set pertama 22-20.
Momentum itu dilihat berjaya dibawa ke set kedua apabila mereka mendahului 15-13, namun Indonesia bangkit sebelum meraih kemenangan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Seperti ada yang tidak kena, pemain negara banyak membuat kesilapan sendiri yang menyebabkan mereka ketinggalan 6-16.
Walaupun berjaya mengejar kedudukan kepada 17-19, ia sudah terlewat untuk menyekat pasukan lawan yang memenangi set itu 21-17.
"Sebelum ini, kami jangka bukan regu (Indonesia) ini yang turun. Apapun, kami mengakui mereka mantap dan kami mempunyai peluang 50-50.
"Ketika bertemu Indonesia sebelum ini, regu itu tidak diturunkan," kata Kamal.
Jurulatih, Mohd Helmi Ismail, berharap pemain mengambil pengajaran daripada kekalahan itu apabila banyak memberikan mata mudah kepada lawan.
"Kesilapan kecil membuatkan regu Indonesia mendahului dan mengakibatkan kami keciciran mata penting." katanya.