Skuad memanah recurve negara masih menanti sama ada mereka akan menyertai satu lagi pertandingan tahun ini sebelum memberi tumpuan penuh untuk menghadapi dua misi penting pada 2019.
Pertandingan yang kemungkinan disertai pemanah recurve negara adalah Kejohanan Asia Tenggara di Myanmar bulan depan.
Difahamkan, pertandingan itu sepatutnya berlangsung Januari tahun depan, namun dijadualkan semula.
Menurut Haziq Kamaruddin, dia dan rakan sepasukan masih menanti kata putus daripada barisan kejurulatihan mengenai penyertaan mereka dalam kejohanan berkenaan.
Begitupun, dia menjelaskan sesi latihan sudah mula menumpukan kepada kempen 2019 dengan Sukan SEA Filipina serta slot kelayakan Sukan Olimpik Tokyo menjadi keutamaan.
"Perkara itu akan disahkan semula kerana masih ada perbincangan sedang dijalankan.
"Keutamaan adalah untuk layak ke Sukan Olimpik manakala dalam Sukan SEA, kami mempunyai tempat yang tersendiri.
"Persaingan semakin sengit dan kami perlu menguatkan mental dan latihan yang cukup," katanya.
Dalam pada itu, Haziq mengakui masih wujud jurang yang masih ketara di antara pemanah senior serta skuad pelapis negara.
Perbezaan daripada segi kualiti menjadi satu kebimbangan kerana mereka menjadi harapan untuk diketengahkan pada masa akan datang.
"Jurang prestasi di antara atlet kebangsaan dan pelapis agak jauh.
"Kami sentiasa memberikan semangat kerana mereka inilah yang akan menjadi pengganti kami.
"Mereka perlukan masa dan pendedahan pertandingan supaya dapat menyesuaikan prestasi semasa dengan sesi latihan," katanya.