Ketika ramai mempersoalkan mengapa Malaysia serius dalam memartabatkan sukan luncur ais, skuad negara tampil menjawab persoalan itu dengan kutipan lima emas dan empat gangsa dalam Sukan SEAKuala Lumpur yang berakhir Rabu lalu.
Skuad negara turut menyasarkan kelayakan ke Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan, awal tahun depan.
Walaupun sukan ini dianggap asing di Malaysia ekoran ketidaksesuaian cuaca, atlet negara berjaya membuktikan itu bukan halangan untuk negara beriklim panas melakar kejayaan dalam arena luncur ais.
Hal ini dibuktikan dengan kejayaan negara mencetak lima emas bagi menyaksikan penguasaan Malaysia dalam acara yang dipertandingkan buat julung kalinya dalam Sukan SEA.
Kejayaan pertama yang dicetus Julian Yee benar-benar membuka mata semua pihak selain turut membuka dimensi baru bahawa sukan bermuzik bukan sekadar tertumpu kepada gimrama mahupun gimnastik.
"Saya amat berbangga dan gembira kerana persembahan saya disaksikan ramai penonton. Ia membuatkan saya mahu memberikan yang terbaik. Setiap kali mereka bersorak, saya berkobar-kobar untuk mempamerkan yang terbaik," ujar Julien.
Kemunculan Anja Chong turut mencuri tumpuan utama, apabila keputusannya untuk beralih kepada free skating -- daripada figure skating sejak enam bulan lalu -- membawa kepada kutipan tiga emas bagi acara 500 dan 1,000 meter short track wanita.
Lebih manis, Anja juga merupakan kapten bagi skuad 3,000 meter berganti-ganti wanita yang tidak ketinggalan meyumbang emas negara dalam saingan kali ini.
Baik Anja mahupun Julian, mereka berada di landasan tersendiri apabila memiliki impian untuk mencuri slot dalam kelayakan ke Sukan Olimpik Musim Sejuk.
"Saya berharap nasib akan menyebelahi saya dan segala yang terbaik akan berlaku," kata Anja.
Kejayaan luncur ais negara disempurnakan dengan emas terakhir negara, iaitu emas ke-145 menerusi 3,000 meter berganti-ganti lelaki yang dibarisi De Vin Wong, Mohamad Arif Rasydan, Hazim Shahrum dan Khairil Ridzuan Khalil yang membawa elemen persahabatan zaman kanak-kanak sebagai resipi kejayaan mereka.
"Kami beraksi sepertimana yang kami lakukan ketika latihan. Kami hanya perlu memastikan tiada sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku untuk memenangi acara ini," jelas De Vin.