Skip to main content

Sukan Lain

Skuad kriket buru slot Piala Dunia 2023

kriket17417.jpg
Tanpa Sukan Komanwel dan Sukan Asia, skuad kriket lelaki negara kini dalam persediaan menjelang cabaran Liga Dunia Kriket Divisyen Empat yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 29 April hingga 5 Mei depan.

Skuad kriket negara bersedia menjelang aksi selaku pasukan tuan rumah yang akan berlangsung kurang dua bulan dari sekarang.

Ketika ini, mereka berada di Sri Lanka menjalani latihan dan pendedahan dan dijangka pulang ke tanah air minggu depan.

Cabaran ini turut menyumbang kepada kelayakan Piala Dunia 2023 di mana Malaysia perlu mencapai kedudukan 24 terbaik untuk mendapatkan slot.

Malaysia ketika ini berada di ranking ke-26 dunia.

"Tumpuan pasukan lelaki adalah saingan Liga Dunia Divisyen Empat yang bakal bermula pada penghujung April dan objektif kami adalah mara ke Divisyen Tiga," kata Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mahinda Valipuram.

Persatuan Kriket Malaysia (MCA) telah mencapai persefahaman dengan Universiti Asia Pasifik (APU) untuk kepentingan pemain negara dan juga pendedahan daripada pelajar APU sendiri berkait dengan sukan kriket dalam usaha untuk mempromosi serta bantuan data.

Advertisement

Must Watch Video