Skip to main content

Hoki

Skuad hoki wanita negara miliki elemen kejutan -- Dhaarma

050117-dhaarma-raj.jpg
Pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, akan menjadikan dua perlawanan menentang Ireland dan Wales sebagai penanda aras sebelum mengumumkan secara rasmi skuadnya bagi menghadapi Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita, 14 Januari depan. 

Pasukan hoki wanita Malaysia akan menentang Ireland pada 9 Januari manakala Wales pula berselang tiga hari kemudian. 

Masih mengimpikan untuk layak sekurang-kurangnya ke saingan separuh akhir, dia mahu anak buahnya menggunakan kesempatan ini untuk menganalisis lawan bagi mendapatkan kelebihan ketika saingan sebenar bermula. 

Irelad kini di ranking ke-16 dunia sementara Wales pula di ranking ke-32 dunia. 

"Kami pernah kalahkan New Zealand di tempat lawan. 

"Apa yang mustahak untuk pasukan ini, mereka mampu menumbangkan mana-mana pasukan dalam perlawanan tertentu. 

"Kami tidak mempunyai kekuatan yang boleh saya katakan mereka adalah pasukan pilihan kejohanan ini.

"Harapan saya adalah pemain sedar untuk meningkatkan tahap permainan mereka seperti ketika mereka menewaskan Jepun dan New Zealand. 

"Kami mempunyai keupayaan untuk melakukannya," katanya. 

Sesi latihan hari ini menampakkan pasukan Dhaarma masih menumpukan aspek penentuan pukulan penalti. 

Untuk edisi Liga Hoki Dunia kali ini, peraturan baru ditetapkan di mana pasukan yang mencatatkan seri akan ditentukan pemenangnya dengan penentuan pukulan penalti. 

Jika menang, pasukan terbabit akan diberikan dua mata, manakala pihak yang kalah akan mendapat satu mata. 

"Kami banyak berlatih melakukan pukulan penalti. Mungkin ia boleh membantu kami kerana kami akan berdepan Ireland dan Itali.

"Kebiasaannya dalam penentuan pukulan penalti, tekanannya adalah tinggi. 

"Dengan kehadiran ramai penyokong nanti, mungkin pasukan lawan akan berada dalam keadaan tertekan."
 

Advertisement

Must Watch Video