Pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, mahu anak buahnya sedia menggempur habis-habisan skuad Itali dalam aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia Wanita, esok.
Selepas menumpaskan seteru Asia Tenggara, Thailand, 3-0 dalam pertemuan suku akhir, keyakinan anak buah Dhaarma semakin memuncak.
Tidak seperti saingan suku akhir, tekanan kini lebih memihak kepada Itali berdasarkan ranking mereka di tangga ke-15 dunia.
Justeru, Dhaarma mahu The Malaysian Tigress menampilkan segala apa yang mereka ada untuk mencapai matlamat muncul dua pasukan terbaik bagi meraih slot layak ke separuh akhir Liga Hoki Dunia Wanita, Jun depan.
"Saya memang dah bercadang dalam pertemuan dengan Itali nanti, kami akan memberi mereka tekanan seperti ketika kami bertemu Kazakhstan.
"Di peringkat kalah mati, kami akan berjuang habis-habisan.
"Kalau kami bertahan, mereka akan menyerang kami.
"Mereka mempunyai pemain yang bagus, begitu juga dengan kami. Perlawanan ini akan saling serang menyerang," kata Dhaarma.
Kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani, mengakui Itali adalah sebuah pasukan yang mantap daripada semua aspek, namun Malaysia juga sudah menunjukkan peningkatan daripada tempo permainan yang laju serta ketajaman pukulan sudut penalti.
"Kami perlu menterjemahkan peluang yang ada, itu paling penting dalam perlawanan Sabtu ini.
"Walaupun sedikit peluang yang ada, kami perlu pastikan (dapat menjaringkan gol)," ujarnya.
Selain aksi separuh akhir di antara Malaysia dan Itali, Ireland pula akan menentang Wales dalam perlawanan pada sebelah petang.