Skip to main content

Hoki

Skuad hoki wanita negara akan berlatih di Eropah

25117loganraj.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Logan Raj, mengesahkan empat negara Eropah menjadi pilihan untuk skuad wanita negara menjalani latihan sebelum menghadapi separuh akhir Liga Dunia sama ada di Belgium atau Afrika Selatan, Julai depan.

The Malaysian Tigress akan berlatih di Belanda, Jerman, Itali dan Ireland, bermula Mac nanti.

Itu keputusan KHM bagi memastikan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mencipta sejarah lebih besar, iaitu melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama di London, England, tahun depan.

"Pasukan seperti Belanda dan Jerman adalah pasukan yang kuat dalam hoki wanita. Kami juga mendapat jemputan untuk bermain di Itali di mana ia masih dalam pertimbangan kami.

"Kami berharap perlawanan di Eropah ini akan membantu dalam persiapan untuk layak ke Piala Dunia. Ini adalah sebab kami memberi tumpuan untuk mengadakan perlawanan di sana," katanya.

Peluang untuk layak ke Piala Dunia lebih cerah apabila Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menyediakan 16 kuota.

Malaysia layak ke separuh akhir Liga Dunia selepas mara ke final pusingan kedua di Stadium Hoki Tun Razak, minggu lalu.

Advertisement

Must Watch Video