Jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah, menekankan latihan penentuan pukulan penalti dan pukulan sudut penalti menjelang aksi pusingan kedua Liga Dunia di Kuala Lumpur yang berbaki 10 hari lagi.
Tegas Dhaarma, kebarangkalian perlawanan berakhir dengan keputusan seri begitu tinggi walaupun hakikatnya situasi itu mahu dielakkan sepenuhnya.
Penekanan khusus amat dititikberatkan Dhaarma, terutama melibatkan penalti dan juga pukulan sudut penalti sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kemungkinan untuk pasukan wanita mencatat keputusan seri sangat tinggi kerana tekanan dan corak permainan bertahan yang ditampilkan.
"Kami juga cuba menajamkan aspek pukulan sudut penalti. Seperti yang anda lihat, kami berlatih sehari suntuk hanya untuk melaksanakannya dengan betul kerana seperti yang kita ketahui, pukulan sudut penalti dalam hoki adalah sesuatu yang penting," katanya.
Merujuk kepada jadual perlawanan, Dhaarma lega Malaysia terlepas aksi di bawah matahari terik kerana saingan membabitkan Malaysia hanya berlangsung pada sebelah malam.
Dalam masa yang sama, kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani, melabelkan tiga aksi persahabatan yang membabitkan Ireland dan Wales pada 9, 10 dan 12 Januari ini ibarat penanda aras skuad negara menjelang saingan sebenar nanti.
"(Jadual perlawanan sebelah malam) semestinya memberi peluang kepada pasukan untuk membaca sekurang-kurangnya 50 peratus kekuatan lawan (yang beraksi pada sebelah petang) sebelum kami turun menghadapi perlawanan sebenar nanti," katanya.