Skuad hoki dalam dewan negara bakal mendapat bantuan tenaga pakar dari luar negara dalam usaha Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Cadangan itu sudah pun diusulkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA, bulan lalu.
Ketika ini, beberapa nama ada dalam senarai cadangan dan ia juga hasil saranan ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans.
Hoki dalam dewan tidak asing daripada mendapatkan tenaga pakar luar negara dan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad negara pernah mendapatkan khidmat bekas penggendali kebangsaan, Paul Lissek, sebagai pengarah teknikal.
"Kami ada meminta khidmat tenaga pakar dari luar negara, jadi kami sedang menunggu kata putus daripada MSN.
"Calonnya belum dapat dipastikan lagi tetapi kami berhasrat mendapatkan tenaga pakar dari Austria atau Jerman," ujar pemangku jurulatih negara, Megat Azrafiq Tarmizi.
Dalam masa yang sama, Megat Azrafiq masih menimbang sama ada akan memanggil mana-mana pemain yang tidak disenaraikan oleh pengendali skuad hoki kebangsaan itu yang akan menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Oktober depan.
Baginya, ia percaturan yang berisiko memandangkan kebanyakan mereka mungkin tidak mempunyai aspek teknikal yang diperlukan untuk beraksi dalam acara hoki dalam dewan.
"Kalau ada ruang, saya akan panggil mereka (skuad kelayakan Sukan Olimpik) tetapi apa-apa pun, mereka perlu memberi saingan hebat kepada pemain sedia ada.
"Mereka perlu membuktikan kemampuan," tambahnya.